Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan
Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
"MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah
swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun
semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah
AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya
sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti
Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq"
manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw,
diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata
kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya
tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua
matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir
(Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia
pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda
ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum
itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih
Muslim", bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di
sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama
"Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang
utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah
bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
"transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat
ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama
dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu
dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa
Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis
riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di
mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan
hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari)
adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami
hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi
setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka
masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan
apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah
misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah
seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis
hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu
juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini.
Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di
antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan
diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat
akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa
ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org
ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"Nabi
menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan." H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg
benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari
ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet
tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan
tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam"…
Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka
bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan
"Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat
Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg
terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar